Data permit pembinaan, perumahan baru, pekerjaan serta data sentimen pengguna Universiti Michigan akan dikeluarkan pada hari Jumaat, menutup tirai laporan ekonomi AS sepanjang minggu ini.

Jabatan Perdagangan menjangkakan angka permit perumahan dalam unjuran tahunan mengikut musim susut kepada 1.32 juta unit, sementara bilangan perumahan baru (housing start) juga dilihat menurun 6% kepada 1.29 juta unit.

Kemudian diikuti laporan indeks sentimen pengguna oleh Universiti Michigan. Berdasarkan tinjauan, bacaan indeks bagi bulan Mac berada di paras 99.3, memperlihatkan keyakinan pengguna terhadap kestabilan ekonomi AS.

Indeks ini menjadi panduan keyakinan pengguna kepada perkembangan ekonomi, di mana jika bacaan meningkat, ia menjadi petanda bahawa perbelanjaan dan pertumbuhan ekonomi di masa hadapan turut meningkat.

Jangkaan pengguna Michigan bagi bulan Mac pula diramalkan menurun kepada 89.8, lebih rendah berbanding bacaan 90.0 pada bulan sebelumnya.

Pasaran buruh AS terus mengukuh dengan tawaran pekerjaan JOLT bulan Januari dijangka meningkat sebanyak 5.89 juta pekerjaan,

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain melonjak 0.43% pada sesi yang lalu dan kini berada di paras 90.14 pada jam 7.00 pagi.

The post 3 Data Ekonomi Bakal Menentukan Hala Tuju Terakhir USD Minggu Ini appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!