Rizab Bank Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah seperti yang dijangkakan.

Menerusi kenyataan rasmi, bank pusat mengatakan inflasi dilihat akan menaik secara beransur-ansur berikutan ekonomi semakin kukuh. Mereka turut meramalkan peningkatan inflasi CPI melebihi 2% pada tahun ini.

RBA menjelaskan nilai AUD masih tidak menunjukkan perubahan yang besar dalam perdagangan, namun tetap memberi amaran sekiranya nilai pertukaran semakin tinggi akan memberi impak yang negatif kepada pertumbuhan dan inflasi.

Secara keseluruhannya RBA mengekalkan pendirian yang neutral dalam penetapan dasar pertama tahun 2018 tanpa sebarang kejutan hawkish atau dovish.

Sejak beberapa jam yang lalu, pergerakan AUD terhad dan AUD/USD kini didagang pada paras 0.7842, susut 0.42%

Sekiranya para pelabur terus bertindak keluar daripada ketidaktentuan pada sesi dagangan Eropah, AUD/USD dijangka akan menyusut lebih rendah kepada support 0.7818 (S1), 0.7803 (S2) dan 0.7776 (S3).

Paras ringtangan pula berada sekitar harga 0.7893 (R1), 0.7952 (R2) dan 0.8000 (R3)

The post AUD/USD Kekal ‘Bearish’ Pada Minggu Ke-8? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!