KFC Kanada kini memperkenalkan ‘Bitcoin Bucket’ di mana menawarkan pembayaran menggunakan Bitcoin untuk satu tempoh masa yang terhad.

Melalui media sosial Twitter, syarikat tersebut mengatakan, “Ya, kami tidak mengetahui apakah itu Bitcoin dan bagaimana ia bekerja, namun hal ini tidak patut menjadi penghalang antara pelanggan dan juga ayam kami yang menjilat jari”

Namun begitu, tawaran ini hanya terdapat di Kanada untuk tempoh masa yang terhad (dikhabarkan gelombang jualan pertama sudah habis dijual). Dengan Bitcoin yang bernilai $ 20 CAD, pelanggan boleh dapatkan 10 resipi asli tenders, ketang waffle dan juga beberapa makanan sampingan yang lain yang terdapat dalam promosi Bitcoin Bucket.

Sambutan KFC Kanada turut dihangatkan dengan mempromosikan bucket percuma kepada pengasas Bitcoin, Satoshi sekiranya beliau mendedahkan identiti sebenar.

Bitcoin merupakan satu-satunya matawang krypto yang diterima oleh KFC buat masa ini, dan syarikat tersebut turut memberi petunjuk akan memperkembangkan kepada penggunana matawang virtual yang lain di masa hadapan.

The post ‘Ayam’ Bitcoin Kini Di Kanada appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!