Pada hari Isnin lalu, tekanan daripada potensi perang perdagangan antara China dan AS semakin berkurangan, didorong oleh penawaran China untuk membeli lebih banyak barangan semikonduktur daripada AS serta membuka lebih banyak peluang pelaburan asing ke dalam sektor perkhidmatan kewangan mereka.

Walau bagaimanapun, risiko ketidaktentuan ekonomi global kembali muncul pada hari ini (Rabu) apabila akhbar rasmi Global Times China melaporkan bahawa Beijing akan mengumumkan senarai penuh tariff barangan import AS tidak lama lagi bagi membalas penetapan cukai barangan import yang diperkenalkan oleh AS.

Sentimen pasaran melemah dengan potensi kesan negatif sekiranya halangan perdagangan antara dua kuasa ekonomi besar dipertingkatkan berikutan Trump ingin mengurangkan defisit dagangan AS dengan China.

Laporan di atas turut mendorong penerusan sell-off saham ekuiti global pada hari ini.

Para pelabur kini sedang menunggu Amerika Syarikat untuk keluarkan senarai penuh produk-produk China yang akan dikenakan tariff tamabhan selepas China didapati bersalah dalam kes kecurian harta intelek dan perdagangan yang tidak adil.

Selain itu, data-data utama daripada AS turut menjadi tumpuan pada hari ini bagi mendapat petunjuk yang lebih jelas terhadap asas kekuatan semasa ekonomi AS.

The post China Bakal Umumkan Tariff Baru Ke Atas Barangan Import AS appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!