Rabu, Dolar AS didagangkan pada paras tertinggi mingguan berbanding matawang dunia lain selepas mesyuarat Rizab Persekutuan untuk bulan Januari menunjukkan melonjaknya keyakinan untuk meneruskan kenaikkan kadar faeadah.

Indeks Dolar ditutup pada 90.007 selepas mencapai paras tertinggi 90.166 catatan tertinggi sejak 13 Feb. Ia sekaligus mengumpul kenaikkan kira-kira 2.2% dari paras terendah dalam 3 tahun terdekat sebelum.

Kenaikkan inflasi pada minit mesyuarat dasar Fed Jan 30-31 terus meningkatkan jangkaan untuk kenaikkan kadar.  Niagaan hadapan jangka pendek AS terus mencerminkan harapan bahawa Fed akan menaikkan kadar sebanyak 3 kali pada tahun ini .

Minit mesyuarat juga menunjukan anggota pengundi serta kumpulan pembuat dasar meningkatkan ramalan mereka untuk prospek ekonomi sejak Disember.

Ahli ekonomi Sumitomo Mitsui Banking Corporation (SMBC) di Singapura, Hirofumi Suzuki berkata, para peserta pasaran akan mengunakan minit mesyuarat sebagai panduan dan menjangkakan bank pusat berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah sebanyak 4 kali tahun ini.

Dengan hasil Perbendaharaan 10tahun AS (US10YT) melonjak keparas tertinggi dalam 4 tahun 2.957% sekaligus meningkatkan Bon AS dan Dolar AS selepas minit Fed dikeluarkan.

The post Dolar AS Mengukuh Selepas Minit Mesyuarat FED Terus Menyokong Kenaikkan Kadar . appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!