Dollar AS didagang rendah sementara hasil aset kewangan (bon) pula meningkat tinggi berikutan para pelabur sedang menanti keputusan mesyuarat dasar Fed awal bagi esok bagi mencari petunjuk baru terhadap kadar pengetatan dasar kewangan yang akan diambil oleh Fed sepanjang tahun ini.

Fed pada akhir tahun lalu meletakkan jangkaan tiga kali rate hike pada tahun 2018, namun sebahagian pelabur melihat ransangan fiskal dan tekanan inflasi bakal mengubah pandangan tersebut, menjangkakan peningkatan pada jumlah rate hike kepada empat kali dalam pertemuan kali ini.

Jangkaan ini telah mengakibatkan lonjakan pada hasil bon dan sell-off pasaran saham.

Slepas berjaya mencapai paras tertinggi bulanan di paras 90.02, indeks Dollar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain kini jatuh 0.40% kepada 89.67 pada jam 10.10 malam

Dalam pasaran bon pula, hasil bon 10-tahun AS telah meningkat ke paras 2.891%.

Manakala hasil bon 2-tahun pula yang memberi kesan langsung kepada keputusan Fed berada di paras 2.353%, naik 0.69%. Dan bon 5-tahun pula meningkat ke paras tertinggi April 2010, berada di sekitar 2.695%

The post Dollar Tertekan & Hasil Bon Melonjak Tinggi Menjelang Keputusan Dasar FOMC appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!