KDNK Malaysia dijangka akan bertumbuh sebanyak 5.3% pada tahun 2018 setelah merekodkan prestasi cemerlang pada tahun lepas apabila berjaya mencapai 6.2%, paras tertinggi dalam tempoh 3 tahun. Pada bulan Feb 2018, data bagi sukuan ke-4 tahun 2017  merekodkan sedikit penurunan namun masih positif untuk berada di paras 5.9%.

Hutang Kerajaan Malaysia pada tahun lepas adalah 65.3%, sebanyak RM883.4 bilion  berbanding KDNK sebanyak RM1,352.5 bilion. Peratusan hutang ini dijangka akan berada di paras 56% menjelang akhir tahun 2018, di atas paras yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 55%.

Perang perdagangan antara Amerika-China mungkin akan sedikit memberi kesan kepada pertumbuhan KDNK Malaysia. China adalah merupakan salah satu rakan dagang utama Malaysia, mencakupi 14% daripada jumlah ekport. Pengenaan tariff keatas industri panel solar juga akan bakal memberi kesan kerana Malaysia adalah sumber utama import AS pada ketika ini.

Dari sudut positif, China mungkin akan beralih arah kepada membeli lebih banyak minyak sawit dari Malaysia dan berhenti dari mengimport minyak soya dari AS sebagai tindakan balas ke atas perang ini. Namun harus diingat, Malaysia juga menikmati nilai lebihan perdagangan berbanding Amerika dan mungkin akan menjadi sasaran mereka selepas ini.

Sebarang impak negatif kesan perang perdagangan antara dua buah negara ini bakal dirasai oleh Malaysia dan ini akan memberi kesan yang sangat ketara. Sekaligus akan mambantutkan usaha kerajaan untuk mengurangkan peratusan hutang negara berbanding KDNK.

Penganalisa ekonomi menjangkakan bahawa PRU yang akan datang ini tidak akan memberi kesan kepada ekonomi negara dan akan terus kekal di atas landasan fundamental ekonomi. Keyakinan pelabur sedikit menurun apabila data pelaburan terus asing (FDI) pada Disember 2017 jatuh sebanyak kepada RM5.79 bilion berbanding sukuan ke-3.

Adakah hutang negara akan terus meningkat kepada nilai RM1 trilion menjelang 2020?

The post Hutang Negara vs. KDNK Dijangka Berada Pada Paras 56% appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!