Presiden Donald Trump dilihat tidak akan berundur dan tidak bimbanga dengan perang perdagangan yang akan muncul walaupun China mengancam akan memberi tindak balas terhadap penetapan tarif import AS ke atas barangan mereka yang berjumlah hampir $ 60 billion.

“Kami akan meneruskan tarif yang telah ditetapkan. Kami sedang mengusahakannya”, kata Steven Mnuchin, Setiausaha Perbendaharaan semalam dalam sesi temu bual bersama Fox News Sunday.

Beliau juga menambah, “Seperti yang presiden jelaskan, kami tidak takut dengan perang perdagangan, namun itu bukan objektif kami”.

Kebimbangan potensi perang perdanganan antara dua ekonomi besar (AS dan China) telah menjatuhkan nilai saham-saham AS. Dow Jones Industrial Average dan S&P 500 jatuh hampir 6% pada akhir dagangan minggu lalu.

Trump memberi Jabatan Perbendaharaan tempoh 60 hari untuk membentuk satu pelan sekatan pelaburan yang bertujuan menghalang syarikat dan dana pelaburan yang dikawal oleh China daripada menguasai firma-firma AS yang memiliki teknologi-teknologi sensitif.

Mnuchin berkata beliau yakin AS akan mencapai kata sepakat bersama China dalam beberapa perkara, namun hal ini tidak akan menghalang penetapan tarif tersebut melainkan terdapat perjanjian yang dapat diterima oleh Presiden.

China telah menggesa AS untuk menarik balik tarif tersebut dan mengancam akan bertindak balas menekan eksport pertanian AS.

Tanpa menyatakan tempoh yang tetap, kementerian perdagangan China berkata kerjaan sedang mempertimbangkan tarif 25% ke atas daging babi daripada AS dan sejumlah tarif ke atas soya.

Senator Republik daripada Iowa, Joni Ernst berkata tiada siapa yang akan menang dalam perdang perdagangan. Jika China mengenakan tarif tersebut akan memberi kesan yang negatif kepada negeri pengeksport barang pelandangan seperti Iowa dan Midwest.

The post Mnuchin: Perang Perdagangan Bukan Objektif Kami appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!