Harga minyak mendaki pada hari Isnin, didorong oleh ulasan Arab Saudi yang mengatakan OPEC dan negara pengeluar minyak yang terlibat dalam perjanjian pemotongan bekalan minyak mungkin akan diteruskan selepas tahun 2018.

Selain itu, pertumbuhan ekonomi global yang semakin kukuh serta penurunan aktiviti galian minyak AS turut menjadi penyokong kepada harga semasa minyak mentah.

Pasaran hadapan Brent yang menjadi pengukur kepada harga minyak antarabangsa naik 0.25% kepada 68.78 setakat jam 5.15 petang.

Manakala minyak mentah WTI pula naik 0.32% kepada 63.49. Kedua-dua pasaran ini telah mencapai paras tertinggi sejak Disember 2014 pada 15 Januari yang lalu.

Arab Saudi yang mengetuai Organisasi Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) berkata pada hari ini bahawa perjanjian had pengeluaran yang dilanjutkan sehingga akhir tahun ini bagi mengekang lebih bekalan minyak dunia mungkin akan diteruskan untuk tempoh yang lebih lama.

“Terdapat kesediaan untuk kerjasama ini diteruskan melebihi tahun 2018.. walaunpun tiada sebarang mekanisma ditentukan, namun terdapat kemungkinan untuk dilanjutkan.” kata Khalid Falih, Menteri Tenaga Arab Saudi di Oman.

Sebelum ini OPEC dan Rusia telah meneruskan sekatan pengeluaran minyak mereka yang dijalankan sejak Januari tahun lalu, dan perjanjian ini bakal tamat pada akhir tahun 2018.

Di AS pula, aktiviti galian yang semakin menurun turut membantu meningkatkan harga minyak mentah.

Berdasarkan laporan Baker Hughes hari Jumaat yang lalu, 5 pelantar ditutup pada minggu lepas.

Walau bagaimanapun, angka pelantar pada tahun 2017 dan awal tahun ini kekal tinggi berbanding tahun 2016 yang lalu, menyebabkan peningkatan 16% pengeluaran minyak AS sejak pertengahan tahun 2016 kepada 9.75 juta sehari.

Pasaran akan terus meneliti bacaan pengeluaran minyak di AS yang hampir memecahkan rekod mencapai 10 juta tong sehari berikutan hal ini akan menganggu usaha OPEC dan Rusia menangani isu lebihan bekalan sedia ada.

The post Perjanjian Had Pengeluaran Minyak Mungkin Dilanjutkan Lebih Lama – Khalid Falih appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!