Peningkatan dollar terhalang berbanding matawang utama yang lain pada akhir sesi dagangan hari Rabu berikutan momentum menaik semakin lemah didorong oleh data ekonomi AS yang mengecewakan serta pemulihan pound sterling

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain berundur daripada 94.98 kepada 94.78 pada jam 5 pagi.

Greenback mula mendapat tekanan apabila data jualan rumah ‘second hand’ AS meleset jauh berbanding jangkaan yang melihat peningkatan 1.5% dan jualan 5.52 juta unit.

Bacaan menunjukkan angka jualan bagi bulan Mei hanya naik pada kadar 0.4% dengan jumlah jualan sebanyak 5.43 juta unit. Penawaran yang terhad, harga serta kadar gadaian yang tinggi dilihat telah melemahkan aktiviti sektor perumahan AS.

Momentum menaik dollar juga disekat oleh pemulihan pound yang didorong oleh kemenangan PM UK, Theresa May meraih undian menewaskan pindaan yang dicadangkan oleh parti konservatif dalam proses peralihan Brexit pada tahun hadapan.

Perhatian kini beralih kepada keputusan dasar kewangan terbaru yang akan diumumkan oleh Bank Pusat England (BoE) pada jam 7 petang.

The post Pound (GBP) Peroleh Bantuan Daripada Undian Brexit appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!