Timbalan Gabenor Rizab Bank Australia (RBA), Guy Debelle dijadualkan berucap pada tiga acara yang berbeza di Sydney iaitu pada jam 10 pagi (Isnin) dan 6.35 pagi (Selasa) dan 12.30 tengahhari (Selasa).

Beliau berpeluang untuk memberikan reaksi terhadap kadar pertumbuhan pekerjaan yang semakin perlahan, tekanan harga rumah di Sydney yang menurun serta pertumbuhan ekonomi China yang semakin menyusut.

Para pelabur akan meneliti ucapan beliau bagi mencari petunjuk apakah ‘rate cut’ akan menjadi salah satu pendekatan bank pusat selepas mengekalkan kadar faedah di paras yang sama sejak dua tahun lalu.

Kemudian pada jam 6 petang, fokus pelabur beralih kepada laporan bulanan mengenai bank pusat Jerman, Bundesbank mengenai keadaan ekonomi terbesar Zon Eropah.

Pertumbuhan ekonomi kelihatan mengembang namun tinjuan perniagaan semakin perlahan. Situasi ini menarik para pelbur untuk meneliti pandangan Bundesbank terhadap keadaan tersebut menerusi laporan pada bulan ini.

Pada jam 8.30, pasaran akan mengemas kini data jualan borong di Kanada.

Jualan di peringkat borong menjadi indikator kepada keadaan jualan runcit di masa hadapan. Selepas jatuh -0.8% pada bulan Jun lalu, jualan kembali melonjak 1.5% pada bulan Julai.

Angka jualan di bulan Ogos dijangka merekodkan perubahan kecil, meningkat sekitar 0.1%

The post Preview News Penting Buat AUD, EUR & CAD: 22/10/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!