Sejumlah RM 13.58 juta caruman Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru (KWSG) yang masih belum dituntut oleh 1,910 bekas guru kini telah dihantar kepada Pendaftar Wang Tidak Dituntut di bawah Jabatan Akauntan Negara. Jumlah tersebut dicarum oleh bekas guru yang yang berada di bawah skim Perkhidmatan Guru-Guru Bersatu (UTS).

KWSG ditubuhkan pada 1 Januari 1962 dengan tujuan memberi faedah kepada guru yang berkhidmat di bawah UTS sebagai tabung persaraan dan mempunyai fungsi yang sama seperti Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Berdasarkan kenyataan media bertulis Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) di laman Kementerian Pendidikan Malaysia (baca di sini), pada awal penubuhan KWSG 5,767 orang guru telah mencarum namun masih diuruskan oleh KWSP kerana kurang tenaga maihr dalam bidang peraukanan di bawah KWSG sehingga jumlah pencarum mencapai 63,641 orang dengan jumlah caruman mencecah RM 100 juta.

Kemudian pada 1972, kerajaan mengeluarkan pilihan kepada guru UTS untuk memilih ‘Opsyen Aziz’ bagi menjadi guru kerajaan sepenuhnya, namun 2,000 orang menolak pilihan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif YTGHO, Zahiruddin Mohammad Hanif berkata dana caruman sebanyak RM13.58 juta masih belum dituntut oleh pencarum yang berkhidmat sebagai guru di Semenanjung Malaysia di antara tahun 1950 sehingga Oktober 2004.

Beliau turut mengharap agar bekas guru atau waris yang terlibat dapat menuntut caruman yang mencapai RM30,000 setiap orang.

Bagi waris guru yang ingin membuat tuntuan perlu mengemukakan bukti dan surat sokongan bagi membantu pihak YTGHO membuat pengeluaran.

YTGHO menegaskan tiada ejen atau wakil dilantik untuk membuat pengeluaran dan pembayaran atas aspek keselematan kerana mereka tidak mahu ada yang diperdaya oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bagi mendapatkan sebarang maklumat, anda boleh terus menghubungi jabatan rasmi seperti di bawah

Yayasan Guru Tun Hussein Onn,
Tingkat 13, Wisma KWSG
Jalan Kampung Attap,
50460 Kuala Lumpur
No Telefon: 03-22746037
No Faks: 03-22738313

The post RM13.58 Juta Caruman KWSG Belum Ditutut Oleh 1,910 Bekas Guru appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!