Ulasan Minggu Lalu

DXY aka USD Indeks ditutup Bearish pada minggu ketiga dagangan 2018. Paras penutupan DXY ini adalah di bawah paras FR100 bagi sesi Impulsive Bullish Wave bermula 05/01/2016 hingga 01/01/2017. Namun penutupan DXY minggu lepas adalah di atas paras FR113. OHLC W1 minggu lepas tercatat sebagai 90.68, 90.76, 89.96, 90.46. Agak mengejutkan DXY mengukuh di saat akhir dagangan Jumaat minggu lepas di sebalik ketidaktentuan ”Federal Goverment Shutdown” akibat Senate gagal untuk meluluskan bajet baru AS.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 22/01-26/01/2018

Terbitan data berkala berimpak tinggi daripada AS minggu depan agak terhad dengan hanya Advance GDP q/q dan Core Durable Good Orders m/m sahaja akan diterbitkan yang masing-masing akan diterbitkan pada hari Jumaat jam 9.30 waktu Malaysia. Setakat ini sentimen positif yang dibawa data makroekonomi dilihat agak terbatas kerana ketidaktentuan politik dalaman pentadbiran kerajaan pusat AS.

 

Risiko Pasaran

Dijangka mode Risk-On dalam pasaran berterusan daripada minggu lepas, melainkan sentimen risiko geopolitik kembali dicetuskan Trump dan Korea Utara. Dengan Senate AS gagal meluluskan bajet baru, Federal Goverment Shutdown telah berlangsung. Masih tidak dapat dipastikan kesan sebenar kepada Dolar A. Pedagang Dolar AS dinasihati berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.

 

Teknikal Ringkas 22/01-26/01/2018

Secara teknikal, bagi sesi Bullish Impulsive Wave bermula 05/01/2016 sehingga 01/01/2017, harga penutupan minggu lalu telah ditutup di atas bawah 100% Fibonacchi Retracement dengan RBS terhampir adalah di 90.33 dan 88.64 manakala SBR terdekat pula di 91.88 dan 3.24. Secara amnya selagi DXY SUDAH melengkapkan Harmonic Pattern Alt Bat seperti digambarkan dalam rajah. Umumnya USD Indeks sudah melengkapkan A leg, B leg (38.2% FR), C leg (14.0% FR) dan D leg (FR113%) di TF Weekly. Paras 113% FR juga boleh dijadikan rujukan kerana kawasan harga ini adalah kawasan Rebound yang kuat kerana lengkapnya Harmonic Pattern Alt Bat. Selagi DXY terus berada di atas FR113%, ianya berpeluang untuk terus naik melakukan pembetulan pasaran sebelum terjun lagi.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

The post USD Indeks: Ulasan Minggu Lalu dan Pandangan 22/01-26/01/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!