Hampir kesemua matawang utama didagang tinggi pada hari Jumaat lalu dengan USD/JPY berjaya ‘breakout’ ke paras tertinggi bulanan dan telah berundur pada akhir sesi dagangan NY serta tutup di paras 107.41.

Tekanan geopolitik telah menguasai pasaran sejak hari pertama dagangan minggu lepas. Namun pada hari Jumaat lalu, ketegangan semakin reda apabila Presiden Trump bertindak mengurangkan retorik dengan China dan mengarahkan penasihat beliau untuk menyemak semula penyertaan AS di dalam Kerjasama Trans Pasifik.

Selain itu, sentimen risiko juga semakin pulih apabila AS juga hampir mencapai kata putus di dalam rundingan NAFTA serta tiada tindakan diambil terhadap konfik di Syria.

‘Breakout’ USD/JPY pada Jumaat lepas dijangka akan bertahan sekiranya laporan jualan runcit AS yang dikeluarkan pada hari ini (Isnin) menunjukkan kejutan yang positif.

Data jualan runcit merupakan antara laporan ekonomi penting buat AS bagi melihat tahap perbelanjaan di dalam negara, dan jangkaan laporan yang positif ini disokong oleh peningkatan pendapatan dan harga minyak.

Sekiranya data jualan runcit naik melebihi ramalan, angka ini akan mengukuhkan lagi nada hawkish minit FOMC yang lalu. Namun begitu, jika Trump menghangatkan semula ketegangan melalui isu perdagangan atau Syria,  pelabur mungkin akan mengalihkan perhatian mereka daripada data yang dikeluarkan.

Harga 106.50 kini menjadi support penting buat USD/JPY. Jika harga ini tidak tembusi, pasangan matawang ini mampu naik ke paras 108.

The post USD/JPY Dijangka Kekalkan Momentum Bullish appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!