Aplikasi Forex Untuk Telefon Pintar Android & iPhone

Salam buat semua pembaca. Hari ni saya akan kongsikan 4 aplikasi telefon pintar dan tablet Android atau iOS yang saya gunakan untuk trade forex semasa berada di luar rumah. Bagus sebenarnya kalau kita guna aplikasi pintar macam ni, tak perlu lah kita nak menghadap PC sepanjang masa. Nak trade dalam kereta boleh, dalam train boleh, masa jalan-jalan ambil angin di taman pun boleh, tak ada masalah. Ok, saya tak nak membebel panjang-panjang, jom kita tengok 4 aplikasi yang saya recommend anda install dalam telefon/tablet anda.

Metatrader

 

Untuk trader forex baik yang dah berpengalaman, mahupun yang baru nak belajar, mesti kenal software metatrader untuk PC. Software wajib untuk trade dan buat analisis. Metatrader juga ada aplikasi untuk android dan iOS. Apa yang menariknya, fungsi nya sudah cukup lengkap untuk kita trade forex di mana mana. Boleh login guna mana mana akaun broker forex yang Metatrader PC boleh support. Cuma, kekurangan aplikasi Metatrader ni, kita tak boleh nak install custom EA atau indicator. Tapi jangan risau, indicator yang disediakan dalam aplikasi ni sudah cukup untuk kita buat analisis sebelum trade.

FXCM

Mungkin ada diantara pembaca ni, pelanggan broker FXCM dan penggemar terminal FXCM di PC. Aplikasi FXCM untuk android ni, rupanya hampir serupa dengan software FXCM untuk PC, interface nya kemas dengan default theme yang agak gelap. Aplikasi FXCM ni disertakan dengan default EA, indicator, dan beberapa tools yang berguna untuk buat market analysis. Dan aplikasi FXCM untuk android ni didatangkan dalam dua versi, satu untuk telefon pintar, dan satu lagi HD untuk tablet dan device yang screen nya agak besar.

Etoro

Memandangkan kebanyakan pembaca blog ni mereka yang berminat untuk melabur di Etoro, tak sah lah kalau saya tak review aplikasi Etoro untuk android dan iOS. Fungsi dan rupa aplikasi etoro untuk android dan iOS tak banyak beza, tapi sangat-sangat berbeza dengan webtrader pada laman web rasmi. Yang kurangnya, aplikasi etoro ni tak ada visible chart untuk kita buat analisis. Ada chart, tapi kena tekan untuk view. Dan tak ada fungsi penting macam indicator, EA dan sebagainya. Cuma nampak ‘chart bogel’ saja.

Etoro Trade Alert

Ok aplikasi ni bagi saya sangat menarik fungsinya. Aplikasi ni terhad untuk pengguna peranti Android sahaja. Aplikasi ni akan beri trade signal dan forecast setiap hari secara percuma! Aplikasi ni berfungsi sebagai guide untuk kita trade, bila nak buy dan bila nak sell. Dan akan disertakan dengan forecast report, kenapa nak kena buy atau sell pada masa-masa tertentu. Kita juga boleh tengok berapa ramai top trader yang ambil keputusan untuk buy atau sell dalam satu satu currency pair. Cuba lah install, tapi nasihat saya jangan ikut buta-buta, kena betul betul faham forecast dan buat analisis sendiri sebelum mula trade.
Semua aplikasi forex untuk telefon pintar yang saya kongsi ni percuma dan boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apple Appstore. Ada yang dah cuba? Jangan lupa share review dalam ruangan komen.

Berhubunglah dengan Jutaan Investor & Trader Seluruh Dunia

Kami seperti anda membenci Saham SCAM yang penipu!

error: Content is protected !!