1. Laporan Pendapatan Bank-Bank Utama

Citigroup, JPMorgan Chase and Wells Fargo dijadual mengeluarkan laporan pendapatan mereka pada hari ini.

Bersama-sama dengan jumlah yang akan diterbitkan, para pelabur akan meneliti pada bacaan ‘net interest margin’ yang mengukur kadar faedah yang perlu dibayar oleh penghutang dengan kadar faedah yang diterima daripada penerbitan bon.

Angka ini menjadi salah satu kunci utama untuk mengukur kedudukan semasa sesebuah bank.

Hasil bon yang bergerak mendatar sehingga menyebabkan perbezaan antara kadar faedah jangka panjang dan pendek semakin kecil dijangka akan memberi impak kepada net interest margin.

Data pekerjaan yang kukuh telah meningkatkan spekulasi untuk melihat pendirian Fed yang lebih hawkish. Tambahan pula, indeks harga pengguna (CPI) bulan Jun yang diterbitkan pada hari Khamis lalu berada di paras tertinggi 6-tahun.

Secara keseluruhannya, penganalisis melihat pendapatan sektor kewangan dijangka meningkat 18.5% dalam tempoh tiga bulan sehingga Jun dan ianya di bawah unjuran peningkatan 19.1% bagi kesemua saham di dalam S&P 500.

2. Impak Jangkaan Inflasi Pengguna Akan Lebih Signifikan

Data makro ekonomi yang menjadi perhatian pada hari ini adalah kajian sentimen pengguna oleh Universiti Michigan. Bacaan awal indeks bagi bulan Julai dijangka susut daripada 98.2 kepada 98.1

Walaupun angka ini tidak dilihat sebagai penggerak kepada pasaran, namun antara komponen yang jadi tumpuan dalam tinjauan tersebut adalah jangkaan inflasi dimana telah mencecah 3% pada bulan Jun.

Jangkaan inflasi dan data inflasi adalah dua perkara penting yang menjadi ukuran dalam pembentukan dasar. Dengan CPI mencecah paras tertinggi 6-tahun pada Jun, pasaran bimbang akan berlakunya lonjakan mendadak terhadap jangkaan inflasi sehingga mengubah pendirian ahli FOMC untuk lebih agresif dalam pengetatan dasar.

The post 2 Laporan Penting Fokus Utama Pada Hari ini: 13/07/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!