Pada ketika ini kenaikan kadar faedah oleh Fed pada bulan Jun yang telahpun dijangkakan sejak bulan April lalu telahpun ‘priced in’ dan perkara yang sama dapat kita lihat daripada penyata FOMC pada bulan Mei apabila menyebut “ia berkemungkinan tidak lama lagi untuk Jawatankuasa mengambil langkah untuk menghapuskan pelonggaran dasar”.

Setelah Fed berhadapan dengan inflasi yang terus berada di bawah sasaran bagi tempoh masa yang panjang, inflasi yang sedikit berada di atas paras sasaran 2% tidak akan merubah pendirian mereka untuk kenaikan kadar faedah secara berperingkat.

Inflasi kini berada pada paras 2.2% sekaligus tidak memberi ruang pada Fed untuk menidakkan kenaikan kadar faedah pada kali ini. Pada jam 2 pagi nanti Fed dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas ke pada 2% setelah kali terakhir kadar yang sama dinaikkan pada bulan Mac 2018.

Isu kenaikan kadar tarif dan perdagangan antarabangsa masih membawa kesan sentimen terhadap USD dan memberi impak pada keputusan pelaburan. Fed sudah pasti mahu memantau situasi ini secara dekat dan mengambil kira faktor ini sebelum mengambil sebarang langkah untuk menaikkan kadar faedah, mungkin pada September dan Disember.

Tumpuan pagi nanti pastinya lebih terarah kepada ‘panduan hadapan’ FOMC dalam menentukan kenaikan kadar faedah pada bulan-bulan mendatang. Dalam beberapa siri ucapan pegawai-pegawai Fed sebelum ini, mereka optimis sekurang-kurangnya akan ada sekali lagi kenaikan namun pasaran menjangkakan kenaikan pada setiap suku tahun.

Jika Fed memberi isyarat bahawa mereka akan mengekalkan perancangan yang sama untuk membiarkan inflasi terus berada di atas paras sasaran sebelum menaikkan kadar faedah, kemungkinan ia adalah merupakan kenaikan kadar faedah yang “dovish”. Jika itu berlaku, USD berisiko untuk berada di dalam tekanan jualan.

The post Adakah Fed – Dovish Hike? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!