Amerika Syarikat bersetuju untuk menyemak semula perjanjian perdaganganya dengan Korea Selatan dan mengecualikan negara itu daripada tariff keluli yang telah diluluskan oleh Presiden Donald Trump, ketika sekutunya Kim Jun Un dirancang untuk bertemu Presiden Donald Trump untuk membincangkan perselisihan antara mereka.

Kementerian perdagangan Korea Utara mengeluarkan kenyataan bahawa kedua-dua negara pada dasarnya sudah mencapai persetujuan mengenai perjanjian bebas dua hala yang di kenali sebagai KORUS. Kenyataan ini dikeluarkan selepas Setiausaha Perbendaharan Steven Mnuchin berkata Wakil Perdagangan AS Robert Lightthizer telah mencapai “ pemahaman yang sangat produktif ”.

Untuk mengelakkan tariff keluli, Korea Selatan akan menghadkan penghantaran logam ke AS dalam jumlah 2.7 jutan tan setahun. Negara itu juga bersetuju untuk menggandakan bilangan jumlah kereta AS sebanyak 50000 yang boleh diimport tanpa memenuhi standard keselamatan tempatan walaupun pengedar kenderaan Amerika jauh lebih rendah di pasaran.

Pejabat media Lighthizer enggan mengulas lanjut mengenai perjanjian tersebut akan tetapi Penasihat perdagangan White House, Peter Navarro menyatakan “ ia kelihatan seperti kami akan mempunyai hasil yang sangat baik di KORUS” .

 

The post Amerika Syarikat Menyemak Semula Perjanjian Perdagangan Bersama Korea Utara Sebelum Pertemuan Dengan Kim Jong Un appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!