USD/CAD bergerak dengan volatiliti yang tinggi, naik 110 pips kepada 1.3000 daripada paras terendah hari Rabu, didorong oleh penetapan kadar faedah BOC, sell-off ekuiti yang berterusan dan kejatuhan harga minyak.

Walau bagaimanapun, matawang CAD kian pulih selepas terdapat laporan yang menjangkakan pengecualian tarif keluli dan aluminium ke atas Kanada dan Mexico. Pemulihan tersebut berjaya menutup semua kerugian CAD berbanding dollar semalam dengan USD/CAD tutup sekitar harga 1.2905 pada sesi yang lalu.

CAD terus mengukuh pada sesi Asia hari Khamis, menyusut ke paras 1.2880 berbanding USD pada jam 12.30 tengahhari.

Menurut laporan Washington Post, pengecualian tariff ke atas barangan import Kanada masih terikat dan bergantung kepada hasil rundigan NAFTA.

Apakah CAD Akan Terus Kukuh?

Sebahagian penganalisis melihat pengukuhan loonie hanya bersifat sementara. USD/CAD dijangka akan meneruskan kembali trend ‘bullish’ jika gabenor BOC, Poloz dalam ucapannya pada jam 12 malam nanti menekankan kebimbangan beliau terhadap kadar pertumbuhan pendapatan dan hutang isi rumah Kanada yang rendah dan risiko daripada halangan perdagangan antarabangsa.

Selain itu, fokus pelabur CAD juga tertumpu kepada bacaan Housing Start bagi bulan Februari yang dilihat naik sebanyak 217 ribu unit, dan kadar pertumbuhan Permit Perumahan bulan Januari yang dijangka susut -0.3%.

The post Apakah Poloz Akan Hentikan Pengukuhan Loonie (CAD)? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!