Pagi tadi RBA mengekalkan kadar faedah mereka masih pada paras terendah 1.5% sejak ianya diturunkan pada Ogos 2016. AUD mengukuh walaupun tiada perubahan dilihat dalam unjuran hadapan RBA terhadap ekonomi mereka.

Keadaan sektor kewangan masih berada di dalam perkembangan terbaik. RBA nyata tidak begitu mengambil berat tentang prospek kenaikan kadar faedah and akan terus mengamalkan pendekatan “lihat dan tunggu”.

Pakar ekonomi menjangkakan tiada kenaikan kadar faedah akan berlaku pada tahun ini. Kadar tukaran asing AUD akan dapat membantu proses peningkatan eksport dengan aktiviti pengeluaran masih belum mencapai paras tertingginya pada bulan Mac yang lalu.

Kejatuhan harga pasaran arang batu antara punca kemerosotan matawang Australia sejak awal bulan Februari tahun ini. Australia juga dilihat sebagai berisiko tinggi menghadapi tempias perang perdagangan antara AS-China kerana mereka adalah rakan niaga terbesar negara Asia Timur ini.

 

The post AUD Stabil, RBA Kekalkan Kadar Faedah appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!