Selepas mencatat paras tertinggi di kawasan 0.7270, AUD/USD telah menemui ‘supply’ baru dan meneruskaan penurunan ke paras 0.7245

Pasangan matawang ini menghadapi kesukaran untuk mengekalkan momentum positif melepasi garisan 0.7300, dengan kemunculan permintaan USD telah menyebabkan penutupan posisi ‘long’ AUD/USD pada sesi dagangan NY hari Khamis yang lalu.

Pemulihan greenback selepas pilihan raya pertengahan penggal yang lalu terus disokong oleh penilaian baik Fed ke atas outlook ekonomi, mengukuhkan jangkaan rate hike pada bulan Disember hadapan.

Sementara itu, dollar Australia (Aussie) pula dilihat tidak terjejas dengan kenyataan dasar kewangan RBA yang terkini, namun memberi reaksi negatif terhadap data PPI China yang mengecewakan.

Selain itu, mood negatif pada pasaran komoditi terutamanya tembaga turut memberi tekanan kepada AUD, memaksa AUD/USD untuk kekal rendah pada hari Jumaat.

Walau bagaimanapun, pasangan matawang ini masih mampu menarik perhatian pembeli di paras yang lebih rendah, atau pull-back yang sedang berlaku akan menamatkan pemulihan besar daripada paras terendah 0.7020 yang direkodkan pada 26 Oktober lalu.

Fokus pasaran kini beralih kepada data keyakinan pengguna AS hasil tinjauan Universiti Michigan bagi bulan November.

Secara teknikal, 0.7225 (S1) menjadi harga yang akan diteliti oleh pembeli, kemudian diikuti harga 0.7200 (S2) dan 0.7180 (S3)

0.7270 pula menjadi resistance terhampir, dan jika berjaya ditembusi, AUD/USD berpotensi naik semula menguji paras 0.7300

The post AUD/USD: Temui Zon ‘Supply’, Pullback Buka Peluang Membeli Pada Harga Yang Lebih Rendah appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!