Ulasan Minggu Lalu

Aussie ditutup sangat kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas dengan pengukuhan ini banyak dipacu kelemahan Dolar AS di samping peningkatan harga komoditi dan sentimen pemulihan ekonomi daripada China. OHLC W1 minggu lalu tercatat sebagai 0.79010, 0.80378, 0.78988, 0.79870. Peningkatan harga AUDUSD juga merupakan yang tertinggi sejak 4 bulan kebelakangan.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 22/01-26/01/2018

Agak bosan dengan ketiadaan data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Australia dan China minggu hadapan dengan tambahan pula Bank di Australia menutup dagangan pada hari Jumaat bersempena Australia Day. Dijangkakan pergerakan AUDUSD minggu hadapan banyak dipacu kuat lemahnya Dolar AS.

 

Terbitan data berkala berimpak tinggi daripada AS minggu depan agak terhad dengan hanya Advance GDP q/q dan Core Durable Good Orders m/m sahaja akan diterbitkan yang masing-masing akan diterbitkan pada hari Jumaat jam 9.30 waktu Malaysia. Setakat ini sentimen positif yang dibawa data makroekonomi dilihat agak terbatas kerana ketidaktentuan politik dalaman pentadbiran kerajaan pusat AS.

 

Risiko Pasaran

Dijangka mode Risk-On dalam pasaran berterusan daripada minggu lepas, melainkan sentimen risiko geopolitik kembali dicetuskan Trump dan Korea Utara. Dengan Senate AS gagal meluluskan bajet baru, Federal Goverment Shutdown telah berlangsung. Masih tidak dapat dipastikan kesan sebenar kepada Dolar AS. Pedagang Dolar AS dinasihati berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.

 

Teknikal Ringkas 22/01-26/01/2018

Secara teknikal, AUDUSD di TF W1 kini bergerak mematuhi Ascending Channel seperti yang digambarkan dalam rajah. SBR terhampir adalah di 0.80320, 0.81000, dan 0.81625, manakala RBS terdekat adalah di 0.79620, 0.78900, dan 0.78045. Semakan di TF D1 menunjukkan AUDUSD sedah berada dalam posisi kenaikan yang signifikan dan sebarang penurunan adalah hanya bersifat pembetulan pasaran dan ini disokong melalui indikator Stoch(5,3,5) Standard yang kini berada dalam momentum belian yang baik walaupun sedikit Overbought.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

The post Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 22/01-26/01/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!