Dollar jatuh berbanding yen, berhenti sejenak selepas merekodkan peningkatan harian tertinggi dalam tempoh 6 bulan pada hari Rabu yang lepas.

USD/JPY kini didagang pada harga 106.60, susut 0.22%.

Pada sesi dagangan hari Rabu yang lalu, USD/JPY ditutup sekitar 106.86, merekodkan peningkatan sebanyak 1.44% atau 150 pips.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback pula stabil sekitar 89.67, jatuh 0.10% pada jam 7.00 petang.

Lonjakan greenback semalam didorong oleh laporan pertumbuhan ekonomi AS yang lebih pesat dan harapan hubungan diplomatik antara Korea Utara dan AS dapat diselesaikan.

Peningkatan dollar dilihat terhenti dengan fokus pasaran kini beralih kepada data penting iaitu laporan pendapatan dan perbelanjaan peribadi bagi bulan Februari yang menjadi salah satu indikator inflasi penting buat Federal Reserve.

Penganalisi menjangkaan indeks harga PCE Teras akan meningkat 0.2% pada bulan Februari selepas berjaya merekodkan kenaikan sebanyak 0.3% pada bulan sebelumnya.

Pada unjuran tahun ke tahun pula harga PCE dijangka naik 1.6%, lebih tinggi berbanding bacaan 1.5% pada bulan sebelumnya.

Fed akan menggunakan bacaan PCE teras sebagai salah satu alat untuk membantu dalam menentukan sama ada perlu dinaikkan kadar faedah atau sebaliknya supaya sasaran 2% inflasi dapat dicapai.

Peningkatan pada bacaan indeks ini akan menjadi salah satu punca kepada Fed untuk mengetatkan dasar lebih agresif dan lebih cepat pada tahun ini.

The post Bacaan Core PCE Akan Jadi Penentu Arah Pergerakan Dollar appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!