Berlalunya pilihan raya pertengahan penggal AS, dollar dilihat telah kembali menguasai pasaran.

Greenback didagang tinggi berbanding kesemua matawang lain dan tidak terjejas dengan pengumuman dasar kewangan Fed awal pagi tadi.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.66% pada sesi yang lalu dan stabil di paras 96.70 setakat jam 11.20 pagi.

Seperti yang dinyatakan pada artikel yang lepas, sekiranya tiada perubahan pada nada bank pusat, dollar akan terus mendapat sokongan.

Fed mengekalkan kadar faedah di paras 2.25% dan menerangkan bahawa ekonomi serta pasaran buruh dalam keadaan yang kukuh.

Mereka turut mengekalkan pendirian untuk terus menaikkan kadar secara beransur-ansur. Selain itu, tiada sebarang ulasan terhadap kemerosotan data dikeluarkan.

Ahli FOMC turut menjelaskan bahawa pertumbuhan perbelanjaan isi rumah meningkat walaupun jualan runcit teras mendatar pada bulan September.

Outlook positif yang begitu jelas menjadi isyarat bahawa bank pusat komitmen untuk menaikkan kadar faedah di masa hadapan.

Oleh itu, tiada keraguan lagi terhadap rate hike Fed pada bulan Disember, terutamanya apabila pasaran saham berjaya stabil dengan kadar pemulihan semasa mereka.

Berakhirnya FOMC dan ‘midterm election’, peningkatan dollar kini tidak lagi berhadapan dengan sebarang halangan.

Dengan berbaki dua sesi dagangan utama pada hari Jumaat, lebih banyak ‘profit taking’ dijangka berlaku kepada matawang-matawang utama yang telah pulih sepanjang kejatuhan dollar pada bulan ini.

The post Berakhirnya Midterm Election & FOMC, ‘Bullish’ Dollar Kini Bebas Tanpa Sebarang Halangan appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!