Setiap tahun penulisan lelaki ketiga terkaya dunia, Warren Buffett menjadi tumpuan dunia melalui surat yang dihantar kepada pemegang saham syarikat milik beliau, Berkshire Hathaway. Surat tersebut memberi khabar bahawa tahun 2017 telah membuktikan perkembangan yang lebih baik daripada biasa.

Butffet mengatakan bahawa gabungan besar syarikat antarabangsa milik beliau dilihat akan melaporkan keuntungan bersih sebanyak $ 65.3 billion tahun ini. Namun begitu, angka tersebut bukanlah satu peningkatan yang menyenangkan berbanding keuntungan yang diperoleh pada tahun-tahun sebelumnya.

Jelas beliau, “Sebahagian besar keuntungan kita dapat bukanlah daripada apa yang kita lakukan di Berkshire”. Akan tetapi, peningkatan tersebut didorong oleh perubahan kod cukai yang di perkenalkan oleh parti Republik. Sekiranya hal ini tidak dilaksanakan, Berkshire hanya mampu menambahkan keuntungan sekitar $ 36 billion yang mana merupakan jumlah keuntungan yang biasa diperoleh oleh syarikat tersebut.

Reformasi cukai yang diperkenalkan oleh Republik telah mengurangkan kadar cukai yang perlu dibayar oleh golongan korporat AS daripada 35% kepada 21%, memberi peluang kepada kebanyakkan peniaga besar untuk merancang semula perbelanjaan supaya dapat menjana keuntungan fiskal yang lebih tinggi.

Dengan perlaksanaan undang-undang cukai baru ini, Berkshire berjaya meraih tambahan $ 29 billion di dalam keuntungan bersih mereka.

Menerusi surat tersebut, Buffet turut memberi pandangan bahawa golongan kaya di Amerika mencintai negara mereka dan menghargai peluang yang telah diberikan negara bagi menjalankan perniagaan mereka. “Kebanyakkan mereka tidak kisah untuk membayar cukai yang tinggi, terutamanya apabila kebanyakkan rakyat masih hidup dalam keadaan tertekan”.

The post Berskhire Terima $ 29 Billion Hasil Pemotongan Cukai AS appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!