Harga minyak berundur daripada paras tertinggi tujuh minggu yang lalu pada sesi dagangan hari Khamis berikutan pelabur masih bimbang dengan lonjakan mendadak pengeluaran minyak Amerika Syarikat.

Pasaran hadapan minyak WTI jatuh 95 sen atau 1.46%% kepada $ 64.22, manakala Brent yang menjadi indikator harga minyak antarabangsa jatuh 61 sen atau 0.88% kepada $ 68.86

Kedua-dua pasaran minyak merekodkan peningkatan paling tinggi untuk dua hari berturut-turut pada hari Rabu dan Khamis. Merekodkan kenaikkan $ 3.11 bagi WTI dan $ 3.42 bagi Brent.

Peningkatan tersebut didorong oleh permintaan domestik dan global yang semakin menguat serta jangkaan berlakunya gangguan bekalan di kawasan Timur Tengah.

Walau bagaimanapun, bullish harga minyak terhalang apabila sentimen masih tertekan dengan perkembangan output minyak AS yang melaporkan penigkatan 0.3$ pada minggu lepas ke paras pengeluaran tertinggi, 10.40 juta tong sehari (bdp).

Angka ini membuatkan output minyak AS kekal berada di atas paras pengeluaran minyak Arab Saudi, dan menghampiri pengeluar terbesar Russia.

Isu pengeluaran AS yang terus meningkat dibimbangi akan menganggu usaha OPEC dan Rusia menangani lebihan bekalan sedia ada melalui perjanjian pemotongan output sehingga akhir tahun ini.

The post Bullish Harga Minyak Terhalang Dengan Peningkatan Output AS appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!