Khamis, harga niagaan hadapan gas asli kekal rendah selepas data yang dikeluarkan menunjukan perningkatan yang berlaku didalam simpanan kurang daripada dijangkakan .

Pada jam 1033AM ET niagaan hadapan gas asli Amerika Syarikat susut 0.5% atau 1.4sen untuk didagangkan pada harga $ 2.816 perjuta unit termal British (btu) , sebelum data tersebut dikeluarkan harga gas asli didagangkan pada harga $ 2.824.

Pentadbiran Maklumat Tenaga A.S. berkata dalam laporan mingguannya bahawa storan gas asli di A.S. meningkat sebanyak 51 bilion kaki kubik (bcf) pada minggu berakhir pada 6 Julai, di bawah ramalan untuk memperoleh 55 bcf.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pusat Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat, jumlah simpanan gas asli kini berapa pada paras 2.203 trilion kaki kubik ( tcf )

Angka itu adalah 725 bcf, atau sekitar 24.7%, lebih rendah daripada paras pada suku sama tahun lalu, dan 519 bcf, atau kira-kira 19.0%, di bawah purata lima tahun untuk tahun ini.

 

The post Dagangan Hadapan Gas Asli Merosot appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!