Dolar As meningkat lebih tinggi berbanding matawang utama lain, ini didorong oleh data yang menunjukkan import AS meningkat lebih tinggi pada bulan Febuari sekaligus menjana perningkatan jangkaan untuk perningkatan inflasi pada tahun ini.

Pada jam 0902ET ( 1302 GMT ) indeks dolar AS yang membandingkan Dolar dengan 6 matawang utama dunia menunjukkan perningkatan sebanyak 0.17% dengan 89.91.

Dolar AS meningkat selepas data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh menunjukan import AS yang meningkat 0.4% melepasi jangkaan awal pelabur yang hanya menjangkakan peningkatan 0.3%.

Laporan awal juga menunjukan perningkatan yang baik dalam inflasi harga penguna dan pengeluar pada bulan lepas sekaligus menyokong jangkaan bahawa Rizab Persekutuan mungkin akan meningkatkan kadar faedah secara berperingkat pada tahun ini.

Fed dijangka meningkat tiga kali tahun ini, dengan kenaikan pertama dijangka pada mesyuarat dasar minggu depan. Pada masa yang sama, laporan lain menunjukkan bahawa tuntutan pengangguran A.S. jatuh minggu lalu, yang menunjukkan kekuatan berterusan dalam pasaran buruh.

 

The post Data Import AS Yang Positif Membantu Dolar AS Terus Kukuh. appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!