Dollar kembali stabil pada hari Selasa setelah berjaya keluar daripada paras terendah tiga tahun lalu berbanding matawang utama yang lain semalam.

Walau bagaimanapun, sentimen masih diselubungi kebimbangan berkenaan defisit fiskal yang akan dihadapi oleh AS di mana dilihat akan menganggu pertumbuhan ekonomi.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.27% kepada 89.31 setakat jam 11.45 pagi.

Matawang AS telah melemah sejak 3 bulan yang lalu, didorong oleh jangkaan bahawa bank-bank pusat utama dunia akan mula bertindak mengetatkan dasar kewangan mereka.

Kemudian diikuti ucapan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin yang menimbulkan kebimbangan bahawa AS akan begerak ke arah dasar dollar yang lemah berikutan defisit dagangan telah meningkat ke paras tertinggi dalam tmepoh hampir satu dekad.

Selain itu, kebimbangan memuncak apabila defisit bajet AS dijangka akan berkembang kepada $ 1 trillion pada tahun 2019 akibat daripada perbelanjaan kerajaan dan pemotongan cukai korporat yang besar.

Ketua Strategi di Sumitomo Mitsui Bank, Daisuke Uno berkata, “Dollar terus merudum namun dengan tema yang berbeza. Ketika ini isu peningkatan hutang AS, pengurangan pembelian bon serta defisit fiskal AS yang semakin berkembang menjadi fokus utama”.

Kenyataan di atas bermaksud hasil bon jangka masa panjang AS akan kekal tinggi sementara dollar akan kekal rendah.

Beliau turut berkata, “Dollar dilihat akan pulih, namun kesan hanya kecil dan berkemungkinan akan jatuh lebih jauh.”

Ahli ekonomi menjelaskan pelan pemotongan dan perbelanjaan Presiden Trump akan memakan diri sendiri berikutan kehangatan pertumbuhan ekonomi akan mengakibatkan lonjakan inflasi yang tidak dingini.

The post Defisit & Inflasi Menjadi Kebimbangan Utama Buat USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!