Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin berkata dollar yang lemah adalah sesuatu yang baik untuk Amerika. Kenyataan beliau dilihat berbeza dengan dasar dolar yang kuat di mana telah menjadi pandangan tradisi oleh kedua-dua parti sejak dahulu lagi.

Dolar AS meneruskan penyusutan berbanding semua matawang lain pada hari ini. Dalam ucapan Mnuchin di Davos Switzerland, beliau menegaskan bahawa pasaran menyambut baik perlaksanaan pemotongan cukai sehingga berjaya mengalihkan kebimbangan pasaran terhadap isu pembelian aset kewangan AS oleh China.

Komen beliau terhadap isu kelemahan dolar telah memberi impak yang besar pada hari ini dengan indeks USD jatuh -0.84% kepada 89.37. Berikut merupakan perubahan USD berbanding matawang utama yang lain setakat jam 10.50 malam:

  • EUR/USD: melonjak ke paras 1.2393, menembusi paras tertinggi minggu lalu sekitar 1.2323 menjelang penetapan dasar bank pusat Eropah pada hari Khamis esok.
  • USD/JPY: pula jatuh mendadak dan kekal berada di bawah 110.00. Harga kini bergerak sekitar 109.34, susut -0.92% didorong oleh isu tarif cukai Trump ke atas mesin basuh dan panel solar serta ulasan Mnuchin di atas.
  • GBP/USD: Laporan pekerjaan bercampur. Tuntutan insurans pengangguran menaik, namun pendapatan turut meningkat. Pound mengukuh berbanding dolar dengan GBP/USD naik 1.36% (190 pips) kepada 1.4195
  • USD/CAD: Tidak melakukan kejatuhan yang baru selepas kenyataan Mnuchin berikutan pasaran bimbang dengan keputusan daripada hasil rundingan NAFTA, namun harga tetap jatuh dan berada di paras 1.2346, susut -0.60%

The post Dolar Lemah Bagus Untuk Amerika Syarikat? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!