Harga Emas jatuh lebih 300pips daripada harga tertingginya di paras $ 1356.76 setelah sentimen terhadap perang perdagangan antara AS dan China reda serta terbitan data KDNK yang positif semalam.

Namun begitu, harga Emas masih berada di landasan terbaik untuk terus mengukuh walaupun setelah Fed menaikkan kadar faedah mereka pada mesyuarat FOMC yang lalu. Emas telah menokok sebanyak 1.7% pada tahun ini.

Ketegangan antara AS dan Korea Utara mungkin sudah sedikit kendur, namun pelantikan John Bolton sebagai Penasihat Keselamatan Negara yang baharu telah mencetuskan spekulasi kemungkinan pendekatan yang lebih keras akan dikenakan terhadap Iran.

Pelantikan Mike Pompeo, Pengarah CIA sebagai Ketua Dalam Negeri memberi bayangan meningkatnya risiko geopolitik dan kebimbangan terhadap isu bekalan minyak di dalam pasaran jika Iran dikenakan lebih sekatan.

Malam ini data ekonomi AS Indeks Harga PCE Asas (tahun-tahun) dan Tuntutan Awalan Pengangguran akan diterbitkan. Jika data pada malam ini tidak menyebelahi USD, maka Emas akan kembali mendapatkan momentum kenaikannya.

Dari sudut teknikal pula, penurunan harga Emas dilihat sekadar hanya sebagai pembetulan pasaran setelah berjaya memecahkan paras resistance di $ 1340 dan kini pada harga $ 1325.57 ianya berada pada paras Fibonacci 38.2%. Penembusan di bawah harga $ 1307 akan memusnahkan pandangan “bullish” terhadap Emas untuk jangka masa pendek-sederhana.

The post Emas Masih Dalam “Mood” Belian? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!