Matawang Euro, Pound dan Loonie berbanding dollar menamatkan bulan Februari dengan berada di paras terendah berbanding matawang lain.

Selain itu, matawang Swiss Franc, Aussie dan Kiwi juga menunjukkan perihal yang sama, hanya bergerak di atas paras terendah bulan yang lalu.

Apakah yang akan bakal disaksikan pada bulan Mac?

Pengarah Urusan BK Asset Management, Kathy Lien berkata, “EUR & GBP dijangka akan terus melemah pada bulan Mac”.

Walaupun harga $ 1.2265 EUR/USD merupakan paras support terdekat dan terendah untuk tahun ini, namun antara faktor yang akan mendorong kelemahan matawang tunggal (EUR) dari segi fundamental adalah risiko pilihan raya Itali dan juga undian SPD Jerman membentuk kerajaan campuran.

Selain itu, aktiviti ekonomi di dalam negara-negara utama Eropah secara keseluruhannya belum menjanjikan sebarang perubahan yang ketara dengan data-data yang bercampur.

Pound sterling (GBP) pula menjadi matawang paling lemah pada hari terakhir bulan Februari, kehilangan lebih 1.1% berbanding dollar semalam dengan GBP/USD kini bergerak sekitar $ 1.3752, susut lebih 150 pips dalam tempoh satu hari.

Faktor utama yang menjadi punca kepada kelemahan pound adalah penolakan Perdana Menteri May terhadap cadangan EU berkenaan kawasan kawalan selia di kepulauan Ireland.

Perkara ini telah mengurangkan keyakinan pelabur terhadap keupayaan May untuk mendapatkan kata putus perjanjian perdagangan antara Eropah dan UK sebelum Brexit dilaksanakan. Fokus kini beralih kepada ucapan May pada hari Jumaat walaupun tiada sebarang perubahan positif dijangka berlaku.

The post EUR & GBP Akan Kekal ‘Bearish’ Pada Bulan Mac? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!