Jerome Powell, Pengerusi Fed dijadualkan berucap pada jam 9.30 malam nanti setelah hampir sebulan beliau mengambil alih kerusi paling penting tersebut daripada Janet Yellen bermula 5 Feb 2018 yang lalu. Ini merupakan ucapan pertama pada minggu ini sebelum yang keduanya pada keesokan hari jam 11 malam.

Penyata FOMC pada minggu lalu memberi gambaran positif dan optimis yang Fed bakal menaikkan kadar faedah mereka sekurang-kurangnya 2-3 kali pada tahun ini. Pada awal bulan ini Fed mengekalkan kadar faedah mereka pada paras 1.5% seperti jangkaan ramai.

Namun begitu, Fed dijangka akan menaikkan kadar faedah mereka buat kali pertama tahun ini pada Mac nanti. Data Indeks Harga Pengguna (CPI) yang baik pada minggu lepas mungkin akan memberikan Powell alasan yang kukuh untuk menaikkan kadar faedah pada bulan depan. Walaupun ianya mungkin juga terpaksa menghadapi kekangan daripada data Jualan Runcit yang sedikit mengecewakan.

Ucapan Powell pada malam nanti memfokuskan sejauh mana beliau yakin terhadap kemampuan Fed untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 2-3 kali pada tahun ini. Pada masa yang sama Powell berucap, data ekonomi AS seperti Goods Trade Balance dan Durable Goods Orders akan diterbitkan. Sebarang data yang positif bakal memberi lonjakan kepada USD, namun jika ucapan Powell bernada “dovish”, USD akan kembali ditekan.

Semalam Ketua Bank Pusat ECB, Mario Draghi dalam ucapan beliau yakin bahawa inflasi akan kembali ke paras sasaran mereka. Walaupun beliau turut bersetuju ketidakpastian yang menyelubungi kendalian ekonomi, jumlah sebenar mungkin lebih besar dari yang dianggarkan, yang mungkin boleh melambatkan tekanan kenaikan harga.

ECB turut berada di dalam tekanan bagi mengakhiri program stimulus kewangan mereka. Namun ketidaktentuan politik di Eropah hanya akan memberikan satu lagi alasan buat blok Kesatuan Eropah itu untuk melanjutkan polisi sedia ada mereka pada masa ini sehingga tahun hadapan.

Pasangan matawang EURUSD membentuk “double top” pada minggu lepas namun harga dilihat terhenti dan bergelut untuk meneruskan kejatuhan di paras 1.22670. Pasangan ini juga dilihat sukar untuk menembusi paras 1.23400 dalam usaha untuk memperbaiki kedudukan harga. Untuk menentukan arah yang jelas, harga perlu tembus secara solid melepasi paras “resistance” dan “support” ini terlebih dahulu.

The post EUR/USD Menanti Ucapan Powell Malam Nanti appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!