Ulasan Minggu Lalu

Minggu ketiga 2018 menyaksikan EURUSD ditutup sedikit kukuh kukuh berbanding minggu sebelumnya. OHLC W1 minggu lepas dicatat sebagai 1.20937, 1.23227, 1.21646, 1.22144. 1.2000 merupakan harga psikologi bagi trend jangka masa sederhana panjang. Ianya telah berjaya diatasi dan minggu lepas EURUSD telah mencatatkan harga tertinggi bagi 4 tahun ke belakang.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 22/01-26/01/201

Sementara menunggu Minimum Bid Rate  dan ECB Press Conference, banyak data makroekonomi berimpak sederhana daripada Eurozone akan diterbitkan. Minggu lepas kenaikan EURUSD banyak dipacu kelemahan Dolar AS hinggalah hari terakhir dagangan barulah Dolar mengukuh sedikit dan CSP W1 membentuk Shooting Star ataupun Pinbar. Dijangkakan tidak akan ada perubahan kadar faedah daripada ECB, namun butiran lanjut dalam sidang media ECB akan menentukan hala tuju EURUSD sehinggalah mesyuarat seterusnya. Adakah ECB akan mengurangkan pembelian asetnya? Sama-sama kita nantikan.

 

Terbitan data berkala berimpak tinggi daripada AS minggu depan agak terhad dengan hanya Advance GDP q/q dan Core Durable Good Orders m/m sahaja akan diterbitkan yang masing-masing akan diterbitkan pada hari Jumaat jam 9.30 waktu Malaysia. Setakat ini sentimen positif yang dibawa data makroekonomi dilihat agak terbatas kerana ketidaktentuan politik dalaman pentadbiran kerajaan pusat AS.

 

Risiko Pasaran

Dijangka mode Risk-On dalam pasaran berterusan daripada minggu lepas, melainkan sentimen risiko geopolitik kembali dicetuskan Trump dan Korea Utara. Dengan Senate AS gagal meluluskan bajet baru, Federal Goverment Shutdown telah berlangsung. Masih tidak dapat dipastikan kesan sebenar kepada Dolar AS. Pedagang Dolar AS dinasihati berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.

 

Teknikal Ringkas Minggu Hadapan 22/01-26/01/2018

Melihat di D1, pergerakan EURUSD jelas dan nyata dalam trend Bullish. SBR BRN terhampir adalah di 1.2250 diikuti dengan 1.2300 dan 1.2350. Jika minggu hadapan EURUSD melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah, kemungkinan BRN RBS yang mungkin diuji adalah di 1.2150, 1.2100 dan 1.2050. Paras harga 1.2000 merupakan harga psikologi bagi trend jangka masa sederhana panjang. Jika EURUSD terus berada dia atas paras psikologi ini, ianya berpeluang terus naik, naik, naik, dan naik ke harga lebih tinggi. Ketika pasaran ditutup, Indikator RSI14 Standard di TF D1 menunjukkan EURUSD sudah mula condong ke bawah dan kemungkinan EURUSD akan melakukan pembetulan pasaran ke harga lebih rendah sebelum meroket lagi. Penurunan EURUSD mungkin terhad kepada Garis Trend seperti yang digambarkan dalam rajah.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

The post EURUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 22/01-26/01/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!