Ahli ekonomi melihat data HPI seluruh negara (UK) akan menunjukkan peningkatan pada harga rumah sebanyak 0.2% dalam bulan Februari, lebih rendah berbanding peningkatan 0.6% di bulan sebelumnya.

Selain itu, kadar pertumbuhan harga bulan Februari dalam unjuran tahun ke tahun pula dijangka menyusut kepada 2.6% berbanding bacaan 3.2% di bulan Januari.

PMI Pembuatan UK bagi bulan Februari pula dilihat mengekalkan perkembangan yang positif, namun bergerak lebih perlahan, susut kepada 55.1 daripada 55.3.

Kedua-dua laporan ini dikeluarkan dalam keadaan pound sterling masih tertekan dengan isu berkaitan Brexit apabila Perdana Menteri UK, Theresa May menolak cadangan EU berkenaan kawasan kawal selia sekitar kepulauan Ireland sekiranya tiada penyelesaian lain ditemui.

Ulasan berkenaan Brexit dijangka akan terus menguasai pergerakan sterling minggu ini berikutan Perdana Menteri May dijadualkan berucap pada hari Jumaat bagi membentangkan pelan baru hubungan antara EU dan UK selepas Brexit dilaksanakan.

Pada sesi yang lalu, GBP/USD susut -1.09% atau 150 pips, tutup di paras 1.3757

The post GBP/USD Jatuh 150 Pips, Isu Brexit Terus Kuasai Pergerakan Pound appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!