Harga minyak WTI ditutup tinggi pada sesi yang lalu selepas data bekalan menunjukkan penyusutan diluar jangkaan didorong oleh permintaan pasaran domestik yang tinggi.

Laporan rasmi mingguan bekalan minyak EIA semalam berjaya memadamkan rekod peningkatan selama tiga minggu berturut-turut.

Harga WTI bagi bulan May di kaunter NYMEX naik 2.6% kepada $ 65.17 per tong, manakala minyak Brent di ICE pula melonjak 3.13% kepada $ 69.53

Bekalan minyak mentah AS pada minggu lepas jatuh sebanyak 2.622 juta tong, jauh berbeza dengan jangkaan yang melihat penambahan 2.6 juta tong.

Bacaan bekalan yang menurun berjaya memulihkan sentimen pelabur yang bimbang jika kadar pengeluaran minyak yang tinggi akan mendorong kepada lebihan bekalan.

Walaupun penyelenggaraan kilang penapisan minyak bulan Mac berada di paras tertinggi, namun kadar penggunaan menigkat 1.7%, mengatasi jangkaan yang melihat penurunan 0.3%

Selain itu, peningkatan harga minyak turut disokong oleh jangkaan bahawa Trump akan mengenakan sekatan ke atas minyak Iran selepas sesi lawatan Putera Mahkota Saudi, Mohammad bin Salman ke AS minggu ini.

Sekatan ini sekali gus meningkatkan prospek gangguan bekalan minyak di Timur Tengah berikutan kebanyakkan negara akan digesa untuk mengurangkan pembelian minyak daripada Iran.

The post Harga Minyak Meroket Dengan Prospek Gangguan Bekalan Minyak & Permintaan Semakin Meningkat appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!