Penyata Mesyuarat FOMC awal pagi tadi tampak sangat positif dengan Fed telah sebulat suara bersetuju untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 2%. Dalam penyata tersebut, Fed telah memberi isyarat kepada 2 lagi kenaikan pada 2018 dan bakal menjadikan keseluruhan kenaikan pada tahun ini sebanyak 4 kali!

Dalam penyata yang sama, Fed telah mengeluarkan rujukan “kadar faedah berada di bawah paras bagi tempoh yang panjang” dan menaikkan tanda aras kadar faedah kepada 1.75%-2.00% berbanding sebelum ini 1.50%-1.75%. Pandangan inflasi yang berdasarkan ukuran pasaran dan tinjauan turut dikeluarkan dalam penyata kali ini.

Jerome Powell dalam sidang akhbar beliau selepas itu tampil agak ‘rapuh’ walaupun beberapa pendekatan dan pandangan ahli FOMC pada mesyuarat kali ini dilihat dalam penyata begitu hawkish. Berikut adalah beberapa perkara penting yang diucapkan oleh Powell :

  • Ekonomi dalam keadaan baik, kadar pengangguran dan inflasi rendah – keputusan terhadap kadar faedah bukanlah secara ‘autopilot’
  • Pandangan terhadap perkembangan ekonomi adalah sangat memberangsangkan
  • Pasaran pekerjaan dijangkakan terus mengukuh
  • Pengurangan penyata imbangan berjalan dengan lancar
  • Dasar fiskal dilihat mampu menyokong permintaan bagi tempoh 3 tahun akan datang

Pasaran yang pada mulanya menyebelahi Dolar kemudiannya perlahan-lahan menghadam ucapan Powell dan terus berundur setelah beberapa perkara dan jawapan yang diberikan oleh beliau tampak agak sedikit tidak meyakinkan :

  • Menaikkan kadar faedah terlalu cepat atau terlalu lambat akan merosakkan ekonomi
  • Kenaikan harga minyak dilihat menolak inflasi berada di atas 2% dan ianya bersifat sementara
  • Terlalu awal untuk meraikan ‘kemenangan’ ke atas inflasi walaupun data terbaharu sangat meyakinkan

USD Indeks jatuh daripada paras 94.00 ke 93.50 setelah ucapan Powell berakhir. Pasaran yang telahpun ‘priced in’ untuk kenaikan kali ini ternyata tidak begitu yakin dengan kenaikan kali ini walaupun Fed telahpun memberikan isyarat kepada 4 kenaikan bagi keseluruhan tahun ini.

Data Jualan Runcit dan Tuntutan Pengangguran akan diterbitkan pada sebelah malam nanti jam 8.30. Keputusan yang baik mampu untuk memperbaiki sedikit kejatuhan Dolar sebelum Bank of Japan pula mengambil tempat untuk kadar faedah Jepun pada esok pagi.

The post Hawkish Fed, Tapi USD Lemah – Ini Sebabnya! appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!