Pemulihan indeks daripada sell-off besar-besaran pada hari Jumaat lalu dilihat telah menemui zon support sekitar 95.40 mata.

Kebimbangan terhadap politik di Itali yang semakin reda telah memberi sokongan kepada sentimen risiko pada sesi yang lalu sehingga menekan greenback ke paras terendah tiga hari yang lalu.

Namun penurunan dollar hanya bersifat sementara dan pembelian pada penurunan harga (dip-buying) telah menolak indeks kembali ke zon positif menghampiri paras 95.80.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama dunia yang lain telah menutup pesimis pasaran minggu lalu dan kini naik 0.08% ke paras 95.79 setakat jam 6.45 petang.

Bacaan Indeks Aktiviti Nasional Chicago Fed Fokus merupakan satu-satunya laporan ekonomi AS yang menjadi fokus pasaran pada hari ini.

Dalam ketiadaan berita-berita penting pada hari Isnin, paras-paras teknikal akan terus menjadi tumpuan.

Bullish USD berpotensi menuju paras resistance terhampir sekitar 96.10, kemudian di paras 96.15 (paras tertinggi 19 Okt) dan 97.00 (paras tertinggi 2018)

Support terdekat pula berada di paras 95.45 (S1). Penembusan garisan ini akan membuka pintu untuk indeks turun ke paras 95.30 (S2) dan 94.80 (S3)

The post Indeks USD Kembali Ke Zon Positif, Dapatkah Pemulihan Dipertahankan? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!