Inflasi UK berkurang untuk pertama kali dalam tempoh 6 bulan menerusi laporan indeks harga pengeluar (PPI) bagi bulan Disember yang dikeluarkan pada hari ini.

Bacaan PPI dalam unjuran tahun ke tahun berada di paras 3% seperti yang dijangkakan, lebih rendah berbanding bacaan 3.1% di bulan November. Manakala unjuran bulan ke bulan (MoM) pula bergerak sekitara 0.4%.

Selain itu, bacaan inflasi teras PPI pula susut daripada 2.7% kepada 2.5%. Input Harga pengeluar (PPI) meningkat 0.1%, namun juga jauh lebih rendah berbanding jangkaan 0.5%. Manakala PPI Output pula naik 0.4% sama seperti bacaan bulan yang lalu dan lebih tinggi berbanding ramalan. Secara keseluruhan tiada sebarang kejutan dapat dilihat melalui laporan yang dikeluarkan.

GBP/USD menyusut daripada 1.3780 kepada 1.3762 membuat pembetulan harga, dan kini stabil sekitar 1.3761, kekal kejatuhan -0.22% setakat jam 10.50 malam.

Penurunan harga GBP/USD didorong oleh pemulihan sentimen dolar AS daripada spekulasi yang mengatakan bahawa China akan mula menghentikan pembelian bon kerjaan AS tidak lama lagi.

Fundemental tidak berjaya mempengaruhi sentimen dan tidak dapat menyelamatkan greenback daripada terus dijual dan ditekan sehingga jatuh ke paras terendah tiga tahun lalu pada hari Jumaat yang lepas, mengekalkan penurunan selama 4 minggu berturut-turut.

Walaupun pound masih diselebungi kebimbangan isu Brexit dan petanda yang menunjukkan kelemahan dalam pertumbuhan ekonomi, GBP/USD telah berjaya mencecah paras tertinggi sejak Referendum EU (23 Jun 2016) yang lepas.

The post Inflasi UK Perlahan Untuk Pertama Kali Dalam Tempoh 6 Bulan appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!