Pada pertengahan akhir bulan Februari yang lalu, dollar masih belum dapat mengatasi harga ¥108 berbanding Yen.

Kini, di awal pertengahan bulan Mac, dollar masih lagi bergelut untuk memecahkan harga ¥107, namun beberapa faktor telah menyebabkan pelabur terus bertindak menghalang dollar daripada mengukuh berbanding Yen menjelang keputusan FOMC minggu ini.

Salah satu faktor yang tidak memberi keuntungan kepada greenback (USD) adalah prospek pertumbuhan ekonomi AS yang lemah sehingga pasaran merekodkan kejatuhan pada hasil bon 10-tahun AS (10Y-Yield) ke bawah paras 2.80% pada hari Jumaat yang lalu.

Selain itu, perkembangan skandal Marimoto Jepun dilihat menjadi isu penting yang perlu diikuti berikutan ianya bukan sahaja melibatkan pegawai-pegawai peringkat bawahan tetapi mungkin akan menjadi punca kepada pemecatan penyokongan utama Abenomics (Menteri Kewangan, Taro Aso).

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe terlepas daripada dakwaan bahawa beliau juga terlibat secara langsung di isu tersebut selepas nama beliau ‘hilang’ daripada dokumen yang dikemukakan. Hal ini telah membenam saham-saham Jepun dan meningkatkan nilai matawang Yen.

Dollar merekodkan penyusutan ke paras terendah berbanding Yen pada minggu lalu, susut 0.29% dan tutup sekitar harga ¥105.71. Paras ¥105 menjadi garisan psikologi dan support signifikan sebelum pasaran meneruskan momentum bearsih.

Berikut merupakan perubahan matawang lain berbanding Yen setakat jam 3.30 petang:

The post Kebimbangan Pelabur Menjelang FOMC Mengukuhkan Yen appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!