Ianya adalah minggu NFP! Sebelum itu, data Indeks Harga (tahunan dan bulanan) yang signifikan dan sensitif selalu dirujuk sebagai indikasi inflasi telah diterbitkan pada jam 9.30 malam semalam. Kenaikan sebanyak 0.1% seperti yang dijangkakan telah memberi kekuatan buat USD.

Pada minggu lepas pasaran menjadi keliru apabila kenyataan setiausaha AS dan Presiden Trump bercanggah sesama mereka, namun USD mendapat sedikit kelebihan menjelang penutupan pasaran pada Jumaat lepas. Itu menyaksikan EURUSD jatuh daripada paras tertingginya di 1.25380 untuk kini berad di paras 1.24170.

Trump dijangka berucap pada Rabu jam 10 pagi, diikuti oleh data Tukaran Pekerjaan ADP jam 9.15 malam. Kemudian pada sebelah awal pagi 1 Feb jam 3 pagi, pengumuman kadar faedah dan Kenyataan Dasar Kewangan Fed pula akan diterbitkan. Tiada kenaikan kadar faedah dijangkakan kali ini, namun isi kandungan kenyataan akan terus menjadi tumpuan.

Bagi data NFP pula, dijangkakan akan berlaku sedikit kenaikan sebanyak 175,000 penambahan pekerjaan dan kadar pengangguran pula terus kekal pada paras 4.1%.

Zon Eropah juga tidak kurang sibuknya pada minggu ini, bermula pada jam 6 petang ini, data KDNK akan diterbitkan dengan tiada sebarang perubahan dijangkakan. Pada Rabu, data yang lebih penting iaitu Indeks Harga Pengguna (CPI) akan mengambil giliran, dengan jangkaan penurunan sebanyak 0.1% bagi indeks tersebut.

Data CPI yang negatif dari Zon Eropah bakal membawa pasangan EURUSD lebih rendah sebelum menanti Fed pada keesokan paginya. Tiada sebarang data yang bersifat katalis dari Zon Eropah selepas itu yang mampu untuk menaikkan EURUSD semula melainkan data NFP pada Jumaat nanti berada di bawah jangkaan.

ECB semakin hampir untuk mengurangkan stimulus kewangan mereka dengan jangkaan kenaikan kadar faedah pada awal tahun 2019 atau mungkin lebih awal lagi. Dengan lebih banyak bank pusat beralih ke arah polisi kewangan yang lebih ketat, Fed akan terus ditekan untuk turut serta jika tidak USD akan terus mengalami depresiasi pada tahun 2018 ini.

Dari sudut teknikal, bagi pasangan ini kelihatan sudah tiba masanya mungkin pembetulan pasaran harus berlaku! Anda boleh rujuk pada analisa lengkap bagi pasangan EURUSD di sini : https://my.tradingview.com/chart/EURUSD/LmJWEO3i/

The post Kenaikan EURUSD Sudah Tamat Atau Hanya Tempoh Berehat? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!