Di dalam satu laporan Financial Times yang disiarkan pada Rabu, Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin menyifatkan bahawa kenyataan Trump sebelum ini bukan sengaja untuk meletakkan US dollar di paras terendah berbanding matawang utama yang lain.

Munchin juga menjelaskan bahawa AS hanya mengambil berat mengenai isu matawang. Pentadbiran Trump juga menggesa supaya IMF lebih cakna dengan perubahan matawang global dengan alasan bahawa isu ini merupakan perkara penting yang perlu ditangani oleh IMF.

Trump dalam satu kenyataan kepada Wall Street Journal mengatakan momentum US Dollar terlalu kuat buat masa ini dan beliau lebih berpihak kepada situasi kadar faedah yang lebih rendah.

US Dollar menjunam sebaik sahaja Trump mengeluarkan kenyataan terbabit minggu lepas.

 

China Sasarkan EU Sebagai Sekutu Baru Sektor Perdagangan

The post “Kenyataan Trump Bukan Sengaja dikeluarkan Bagi Mempengaruhi Dagangan US Dollar” : Steven Mnuchin appeared first on MOSHED.COM.

MOSHED.COM

error: Content is protected !!