Harga minyak mentah terus meningkat pada hari Isnin, didorong oleh ketegangan yang melanda Timur Tengah dan usaha OPEC menghadkan pengeluaran minyak masih berjalan, menghilangkan kegusaran pelabur terhadap peningkatan output minyak AS.

Kontrak pasaran hadapan minyak WTI bagi bulan Mac naik 61 sen kepada $ 62.16 per tong manakala kontrak Brent bulan April pula naik 47 sen kepada $ 65.16 per tong setakat jam 8.10 malam.

Harga semakin kukuh selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ketika mengulas isu di sempadan Syria pada hari Ahad, dia berkata Isreal akan bertindak melawan Iran, bukan sahaja sekutu mereka (Iran) di Timur Tengah.

Selain itu, komoditi ini turut disokong oleh kenyatan Menteri Tenaga UAE, Suhail al-Mazroui yang mengatakan bahawa OPEC dan Rusia mensasarkan rangka perjanjian had pengeluaran lebih lama yang bakal tamat pada akhir tahun 2018.

Perjanjian had pengeluaran 1.8 juta tong sehari di laksanakan oleh OPEC, Rusia dan 9 pengeluar yang lain sejak akhir musim sejuk yang lalu dan di lanjutkan sehingga akhir tahun ini.

Walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap lonjakan output minyak AS dilihat mampu menyekat usaha OPEC untuk mengurangkan lebihan bekalan yang menjadi penghalang peningkatan harga sejak beberapa minggu yang lalu.

Menurut laporan Baker Hughes pada hari Jumaat, aktiviti galian minyak AS meningkat sebanyak 7 unit kepada 798, angka tertinggi sejak 20 April lalu dan dijangka akan memberi kesan kepada laporan bekalan minyak EIA pada minggu ini.

The post Ketegangan Di Timur Tengah Sokong Peningkatan Harga Minyak appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!