Harga emas menyusut pada sesi dagangan NY hari Rabu selepas data pekerjaan AS memberi sokongan kepada greenback, namun pelabur masih dalam keadaan berhati-hati dengan potensi perang perdagangan yang bakal berlaku.

Pasaran hadapan emas di Comex NYMEX jatuh 0.31% kepada $ 1,331.10 per auns pada jam 11.10 malam, susut hampir separuh keuntungan mingguan yang dicapai pada hari ini.

Dollar memulih selepas data ADP NFP melaporkan penambahan 235 ribu pekerjaan dalam sektor swasta bagi bulan Februari, lebih tinggi berbanding jangkaan yang hanya melihat peningkatan 195 ribu pekerjaan.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback kembali mendaki dan stabil sekitar 89.52, keluar daripada paras terendah 89.36.

Emas sensitif dengan pergerakan dollar. Dollar yang kukuh menyukarkan pemilik matawang asing yang lain untuk membeli emas berikutan harga yang tinggi.

Walau bagaimanapun, para pelabur masih dalam keadaan berjaga-jaga apabila Presiden AS, Donald Trump berkata pada hari Selasa bahawa beliau tetap akan meneruskan perlaksanakan tariff ke atas keluli dan aluminimum walaupun tidak dipersetujui oleh ahli parti sendiri.

Selain itu, pengumuman peletakan jawatan Gary Cohn sebagai penasihat ekonomi Trump turut mengeruhkan situasi politik di Amerika Syarikat.

Perkara yang membimbangkan pelabur ketika ini adalah kesan lonjakan inflasi sekiranya tariff tersebut dilaksanakan, serta tindakan yang lebih agresif akan diambil oleh rakan dagangan AS bagi menangani isu tersebu seperti mengenakan sekatan import komoditi ke atas AS.

The post Laporan ADP Menekan Harga Emas, Pulihkan USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!