Para pelabur akan mendapat petunjuk yang lebih jelas terhadap asas kekuatan ekonomi AS melalui data perumahan dan GDP yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Bacaan akhir GDP AS bagi suku tahun keempat dijangka menunjukkan peningkatan dalam kadar pertumbuhan ekonomi kepada 2.7%.

Jualan rumah yang masih menunggu kelulusan bank pada bulan Februari juga dilihat semakin menaik kepada 2.1% selepas jatuh -4.7% pada bulan Januari.

Jabatan Perdagangan pula akan mengeluarkan laporan imbangan perdagangan bagi bulan Februari dan defisit perdagangan dijangka susut kepada -$ 74.10 billion, lebih rendah berbanding bacaan-$ 75.26 billion pada bulan Januari.

Defisit dagangan AS telah menjadi perhatian para pelabur sejak beberapa minggu yang lalu berikutan AS kini sedang berusaha untuk kurangkan defisit dagangan mereka dengan China.

Defisit dagangan bersama China telah melonjak naik 17% kepada $ 36 billion pada bulan Januari, paras tertinggi sejak September 2015 yang lalu.

Pada jam 11.30 malam, Energy Information Administration (EIA) pula akan mengeluarkan data bekalan rasmi minyak AS bagi minggu lepas.

Penganalisis menjangka penyusutan bekalan pada minggu lalu semakin berkurangan kepada 287 ribu tong selepas jatuh mendadak 2.622 juta tong pada minggu sebelumnya.

Indeks dollar yang mengukur kekuatan greenback berjaya mengurangkan sedikit kerugian apabila naik 0.37% kepada 88.98 pada sesi dangangan yang lepas.

The post Laporan Ekonomi AS Fokus Utama Pasaran Hari Ini: 28/03/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!