Monitor Jualan Runcit BRC

British Retail Consortium (BRC) akan mengeluarkan bacaan pertumbuhan jualan runcit tahun ke tahun bagi bulan Januari bermula jam 8.01 pagi.

Pada bulan Disember lalu, bacaan meningkat 0.6% untuk dua bulan kali berturut-turut. Namun, pasaran kini menjangkakan bacaan yang lebih rendah dikeluarkan untuk bulan Januari.

Keputusan Kadar Faedah Australia

Pada jam 11.30 pagi, Bank Rizab Australia (RBA) akan mengumumkan kadar faedah buat kali pertama untuk tahun 2018.

Sejak mesyuarat bulan Disember yang lalu, ekonomi global terus berkembang pada kadar yang lebih cepat. Selain itu, pertumbuhan sektor pekerjaan Australia juga semakin kukuh.

Walau bagaimanapun, laporan inflasi terkini yang meleset berbanding jangkaan serta kadar pertukaran matawang yang semakin tinggi tidak menyenangkan RBA.

Apakah RBA akan bertindak menekan Aussie (AUD) dalam keadaan pasaran yang masih bearish? Tumpuan kini beralih kepada kenyataan rasmi yang bakal dikeluarkan oleh RBA hari ini.

Pesanan Kilang Jerman

Pesanan kilang lokomotif zon Eropah menyusut pada bulan November kepada 0.4% dan indikator ekonomi ini kebiasaanyya bergerak pada volatiliti yang tinggi. Pasaran menjangkakan peningkatan 0.6% dalam laporan bulan Disember.

Peluang Pekerjaan Amerika (JOLTS)

Ekonomi AS berjaya menghasilkan penambahan sebanyak 200 ribu pekerjaan berdasarkan laporan NFP yang lalu. JOLTS untuk bulan Disember turut dijangka meningkat daripada 5.879 juta kepada 5.900 juta.

Apakah sektor pekerjaan akan terus memberi sokongan fundemental kepada keputusan dasar Federal Reserve?

The post Laporan Penting Untuk AUD, EUR & USD: 06/02/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!