Jualan Runcit & Sektor Buruh Jerman

Perbelanjaan pengguna di Jerman meningkat pada bulan November kepada 2.3% dan hal yang sama berlaku di Perancis. Bagaimanapula dengan Krismas? Jangkaan melihat penurunan -0.4% pada bacaan jualan runcit di bulan Disember.

Pertumbuhan sektor pekerjaan Jerman pula terus berkembang maju dengan penyusutan kadar pengangguran. Pada bulan November angka jatuh kepada 29,000 dan jangkaan melihat 20,000 pekerjaan susut di bulan Disember.

Inflasi Zon Eropah

Perancis sebagai penyumbang kedua terbesar dalam ekonomi Eropah menepati ramalan dengan peningkatan 0.3% pada harga pengguna di bulan Disember. Namun indeks CPI tersebut dilihat akan bergerak perlahan pada bulan Januari pada paras -0.3%

Harga tahunan di Sepanyol pula naik 1.1% di bulan Disember, namun angka dijangka susut ke paras 0.9% (y/y) di bulan Januari.

CPI EU mengakhiri laporan ekonomi di Eropah dengan berlatarkan kebimbangan ECB terhadap inflasi. Harga pada Disember naik 1.4% (y/y) dan CPI teras kekal di paras 0.9% namun inflasi masih perlahan dan kekal di bawah sasaran bank pusat.

Penganalisis menjangkakan inflasi harga pengguna bergerak perlahan pada bulan Januari kepada 1.3% (y/y) manakala CPI teras naik 1%.

Keputusan Kadar Fed & Berakhirnya Era Yellen

Federal Reserve dijangka mengakhiri mesyuarat dasar 2 hari mereka dengan mengekalkan kadar faedah di paras yang sama. Pengumuman tanpa sidang media akan dikeluarkan pada jam 3.00 pagi Khamis.

Para pelabur tetap akan memberi perhatian kepada kenyataan dasar yang akan dikeluarkan bagi mencari petunjuk terhadap sebarang kemungkinan yang dapat mengubah pandangan bank pusat pada inflasi dan dasar.

Goldman Sachs berkata mereka menjangkakan bank pusat akan mengeluarkan nada yang sedikit hawkish apabila mengulas berkenaan keadaan semasa ekonomi dan inflasi.

Selain itu, Janet Yellen akan mengakhiri penggal beliau sebagai pengerusi Fed pada 3 Februari depan.

Indeks USD tutup lebih tinggi pada hari Selasa, namun kekal berhampiran paras terendah 3 tahun lalu.

The post Laporan Penting Untuk EUR & USD: 31/1/2018 appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!