Pada hari Rabu yang lalu, kenyataan Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin “dolar yang lemah baik untuk Amerika” telah menghambat USD jatuh mendadak berbanding kesemua matawang yang lain.

Walau bagaimanapun, sell-off USD terhenti seketika dengan membuat sedikit pembetulan. Selain itu, terdapat juga beberapa ulasan yang dilihat cuba untuk menghentikan penurunan tersebut.

1) Kenyataan Mnuchin

Steven Mnuchin sekali lagi mengulas komen yang dikeluarkan oleh beliau semalam dengan mengatakan bahawa beliau tidak begitu bimbang dengan arah pergerakan dolar jangka masa pendek, dan beliau tetap dengan kepercayaan ‘free currencies’. Kemudian, beliau mengeluarkan kenyataan yang lebih bullish dengan menjelaskan bahawa paras jangka masa panjang masih menunjukkan kekuatan dalam ekonomi AS.

2) Pengarah Urusan IMF, Christine Lagarde

Christine Lagarde telah menghubungi Mnuchin bagi mendapatkan kepastian terhadap komen yang dikeluarkan oleh beliau semalam dan turut menegaskan bahawa nilai greenback ditentukan oleh pasaran. Beliau (Christine) juga cuba menghentikan sebarang spekulasi berbentuk lisan untuk menjatuhkan dollar, sekali gus memberi peluang kepada USD untuk bangkit.

USD berjaya mengurangkan kerugian pada hari ini dengan indeks kembali stabil sekitar 89.19, kekalkan kejatuhan kecil sebanyak -0.02%. Berikut merupakan perubahan USD berbanding matawang utama pada jam 8.19 malam:

Apakah pasaran akan terus membuat pemulihan?

Bagi matawang Euro, hampir keseluruhannya bergantung kepada keputusan ECB dan kenyataan Draghi pada malam ini.

Manakala bagi matawang yang lain, jika dilihat trend penjualan USD belum selesai, oleh itu angka dan data-data ekonomi utama AS yang positif seperti GDP US pada hari esok diperlukan bagi memberi sokongan terhadap sentimen dollar.

The post Mampukah USD Bangkit Daripada Kejatuhan? appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!