Dolar terus melemah di awal sesi dagangan Asia hari Isnin berikutan penutupan kerajaan AS terus menekan sentimen greenback menjelang undian Senat pada hari ini yang dijangka akan meluluskan pembiayaan kerajaan selama tiga minggu.

Penutupan kerajaan sejak hari Sabtu telah memasuki minggu dagangan yang baru. Sejumlah besar perkhidmatan penting terpaksa ditutup dan mungkin akan berlaku penangguhan pada data-data ekonomi AS yang telah dijadualkan.

Sekiranya pengukuhan matawang lain menjadi faktor yang menekan dolar, fokus pelabur pada minggu ini akan tertumpu kepada mesyuarat dasar bank pusat Eropah (ECB) dan juga bank pusat Jepun (BOJ). Para pelabur dalam keadaan berhati-hati berikutan terdapat spekulasi bahawa ECB dan BOJ akan mula mengubah dasar mereka pada bulan ini.

BOJ telah mengubah program pembelian bon pada awal bulan Januari sehingga menyebabkan spekulasi bahawa bank pusat akan keluar daripada ransangan dasar pada tahun ini. Manakala ECB pula  mengutarakan kebimbangan mereka terhadap kadar pertukaran matawang asing dan cuba untuk menurunkan nilai matawang Euro.

Selain itu, bacaan inflasi Kanada turut menjadi perhatian selepas bank pusat Kanada (BOC) menaikkan kadar mereka pada minggu lepas.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback kini berada sekitar paras 90.49 setakat jam 8.40 pagi, susut -0.40% pada minggu lalu.

The post Minggu Yang Tenat Buat USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!