Momentum bullish EUR/USD semakin lemah pada hari Rabu dan pasangan matawang ini dilihat berpotensi turun ke paras 1.16 jika data inflasi AS pada malam ini melebihi ramalan.

EUR/USD kini didagang pada harga 1.1686, naik 0.11% setakat jam 3.30 petang, namun telah rugi hampir 1% daripada paras tertinggi mingguan, 1.1791 yang dicapai pada hari Isnin yang lalu.

Penganalisis melihat kejatuhan matawang tunggal di bawah garisan moving average (MA) 50-hari menunjukkan pembetulan naik harga daripada paras terendah 21 Jun, 1.1508 telah tamat.

Pengukuhan dollar turut dilihat menjadi salah satu faktor utama menekan pasangan matawang ini jatuh lebih rendah.

Laporan indeks inflasi CPI Jerman bagi bulan Jun pada jam 2 petang, kekal dengan peningkatan 0.1% selari dengan jangkaan.

Kini fokus pasaran tertumpu kepada laporan inflasi pengguna (CPI) AS pada jam 8.30 malam.

EUR/USD mampu jatuh melebihi paras 1.16 jika jurang perbezaan inflasi pengguna meningkat (CPI AS melebihi jangkaan sementara CPI Jerman kekal selari dengan ramalan).

Support terhampir kini berada di paras 1.1665 (S1), kemudian pada garisan psikologi 1.1600 (S2) dan paras terendah 21 Jun, 1.1510 (S3).

Namun sebaliknya berlaku jika dimana data CPI AS mengecewakan, harga akan naik semula ke paras resistance terhampir 1.1720 (R1), 1.1790 (R2) dan 1.1850 (R3).

The post Momentum Bullish Semakin Lemah, Peluang Cerah Kepada ‘Seller’ EUR/USD appeared first on CTCFM.

CTCFM

error: Content is protected !!